Tinggalkan jejak anda!

Thursday, March 25, 2010

Ada dua orang perompak Bank terkenal dan selalu menjadi buruan polis.Kehidupan mereka amat sengsara 2-3 bulan ini kerana tiada duit untuk makan. Polis selalu memburu mereka.

Pada satu hari, mereka berniat merompak sebuah bank baru.Mereka sudah membayangkan betapa banyak wang disana, kerana selalu banyak pelanggan.Apabila malam, mereka menyelinap ke dalam bank itu dan hanya berpandukan lampu suluh untuk mengelakkan dikesan. Mereka menuju ke peti simpanan bank, ketika pintu dibuka,udara dingin keluar dari dalam bank. Mereka sangat bingung kerana ada begitu banyak peti besi kecil.

Peti pertama dibuka, isinya agar - agar!Mereka tambah bingung lagi! kerana kebetulan belum makan, mereka habiskan agar - agar di dalam peti itu.

Peti kedua, isinya agar - agar lagi! Ya sudah, mereka makan lagi.

Peti ketiga, Isinya agar -agar lagi! kerana kesal,mereka buka semua
petinya, isinya semua agar - agar!Kerana masih lapar, mereka makan saja semua! Setelah putus asa kerana tiada wang, mereka akhirnya pulang.

Bila pagi..................

Halaman depan suratkhabar, berita utama :

"BANK SPERMA DIROMPAK"
"PECAH MASUK BANK SPERMA"
"MISTERI KEHILANGAN SPERMA"

Thursday, March 11, 2010

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil
menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa
soalan.

*Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
*Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan
orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti
bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!

* Suami: (Dalam hati)Alamak pecah rahsia aku!!

Saturday, March 6, 2010

"Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan...

Budak A " Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa "
Budak B dan Budak C menjawab " Bapak kami pun ahli sukan jugak".

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan....

Budak A meneruskan cerita.." Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah "

" Itu tak heran " kata Budak B " Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"

"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini" kata Budak C. " Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani.Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. "

;;
Related Posts with Thumbnails