Tinggalkan jejak anda!

Tuesday, November 30, 2010

Dalam satu temuduga untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah
kilang sebuah Syarikat asing yang terkenal di Ibu negara,ramai
yang telah datang untuk mendaftarkan nama memohon
pekerjaan...seorang pemuda yang bernama Ali yang sedikit pekak
pendengaran pun ingin mencuba nasib, Si Ali ni kerja nya
sebagai buruh am memberus jamban dan lantai tandas hingga
mendapat jolokan istemewa si "Berus Ali.".

Penemuduga (Inggeris); "What's Yur' name Mister?

Ali.; "Ya saya bergelar Berus Ali,encik."

Penemuduga:"What!(terkejut),Yur name is Bruce Lee,Brucee...!

Ali;"Ya, ya..ya..betul tu Berus,,,Brusss Ali.."........
katanya lagi

Penemuduga:"So, well you know in 'Martial Art ' '"?(cakap
cepat)

Ali..:"Oh tidak, tidak tuan saya datang bukan nak mesyuarat
tapi nak kerja,tuan"


Penemuduga;"Yes , i know you are the only one,..come by
yourself...'no one else!.'."

Ali:"Fuhh.. terror le tuan ,nama tok saya pun tuan tahu
,.'.Tok Wan Ess..'"


Penemuduga:Welll..allright allright...."


Ali:"Tapi tuan saya datang bukan nak mengorat??" nak kerja
le.."


Penemuduga:" Ok..Ok..Next.."

Ali: (Dengan wajah selamba memandang kepada orang
ramai)..berkata.."Ha..ada sesiapa bernama "OKeNik..."

(Orang ramai yang disekeliling termasuk si penemuduga dan si
Ali Berus sekali ???kebinggungan..???.)



Moral cerita: kena tahu dan faham gak bahasa inggeris ni sikit
sebanyak yang bolih.....

Monday, November 29, 2010

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya
kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah
si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya
membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat
diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk
anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus
pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex
dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan
pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan
kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti
lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu
anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan
bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu
panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni... seraya
meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..


NAME:... ... ... ..
SEX:... ... ... ...
Class:... ... ... .
Subject:... ... ..

Sunday, November 28, 2010

Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.
Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana.

Kedua ibubapa ku ialah guru. Alhamdulillah..aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan... dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun. Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.

Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku
untuk pulang ke Malaysia. Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah... aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah
di tempat kerja. Namun, sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT. Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini akhirnya berbaloi....aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu
!!!!!! Kebahagian keluarga.....

Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang
ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna merah...bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah
tidak bersama lagi.

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting....main golf pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting lagi!!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!! Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors.
Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik....kekadang buat ...kekadang terlupa...masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.

Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku tertekan !!! Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat....aku
menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad...!!!! Aku telah meletakkan jawatan ku
sebagai CEO. Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis....tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira... mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!
Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew
Tiaw Goreng..!!!!


pic from google


Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas
CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak
bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku
memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga
dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari.
Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamdulillah. Dan hari-hari
seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk
satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka
satu lagi gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN.

Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.

Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-anak aku
memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka
berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku
cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan anak-anak aku sebagai Directornya.

Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik. Cepat la sikit pukul 5.00. Beginilah kehidupan aku seorang kerani kerajaan...
_________________

;;
Related Posts with Thumbnails