Tinggalkan jejak anda!

Wednesday, December 8, 2010

Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin membohongi orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbangSuatu hari dia bertemu seorang tua yang ingin tahu mengenai kapal terbang.Orang tua itu berkata: "Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang boeing tu. Atuk dengar kapal terbang tu ada macam-macam nama. Boeing 747, 737, 707....apa ke benda tu?"

Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak terbongkar dan lantas berkata: "Ah, mudah tu, tok. angka di tengah tu menunjukkan enjinnya.
"Maknanya, Boeing 747 ada empat enjin, Boeing 737 pula ada tiga enjin." Kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan meyakinkan.Orang tua itu termenung lama lalu berkata: "Kalau gitu nak, Kapal terbang baru Boeing 777 tu ada tujuh enjinlah ye?"

Pemuda itu mengelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata: "Ya lah Boeing 777 tu, memang ada tujuh enjin."Tiba tiba orang tua itu berkata: "Jadi Boeing 707 tu, tak ada enjinlah." Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata: "Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin."
Orang tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui temberang pemuda itu.

Thursday, December 2, 2010





Ada satu cerita ... Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang
ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku
cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang
> lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang
> sama yang terletak disebelahnya.
> Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
> Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah
> tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin dari aku....
> makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut
> wanita itu dalam hati.
> Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
> perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat
> dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
> Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
> dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
> itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan
> dirinya dari memarahi lelaki itu.
> Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
> mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya
> "Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.."
> Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk
> menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas
> lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu
> bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk
> nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
> Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada
> di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada
> dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...Ya
> ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
> Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu.
> Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga
> biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
> menunjukkan reaksi marahnya.
> Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
> kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
> Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

Wednesday, December 1, 2010

Pada satu masa dahulu ..
Ader sekor monyet
Dia tersangatlah pandainya ..
Disebabkan kepandaian yang ada pada dirinya
Dia telah menciptakan satu alat
Alat itu dinamakan ..KOMPUTER..

Bila monyet nie mati..
Kebijaksanaan beliau telah diturunkan kepada anaknya
Disebabkan komputer itu diwasiatkan kepada anaknya
Anak monyet itu pun mencipta apa yang dipanggil .. INTERNET..

Bila cucu kepada monyet itu dewasa ..
Dia pun tertarik dengan komputer dan internet ..
Dia pun mulalah mencipta apa yang kita panggil ..EMAIL..

Tetapi cicit monyet tersebut lain plak kisahnya..
Dia ni dahlah bengap.. bodoh.. bangang.. tolol.. bengong..
Disebabkan kebodohan dan ketololan tersebut..
Beliau tak tahu nak mencipta ape-ape
Kecuali membaca email..dan segala ape yg terkandung di dalam
internet serta terpapar di screen komputer
Contohnya dia sekarang tengah baca cerita nie.hehehhehehehe


p/s : lepas bace jgn marah ye..just kiding!!

;;
Related Posts with Thumbnails