Tinggalkan jejak anda!

Monday, November 29, 2010

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya
kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah
si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya
membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat
diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk
anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus
pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex
dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan
pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan
kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti
lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu
anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan
bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu
panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni... seraya
meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..


NAME:... ... ... ..
SEX:... ... ... ...
Class:... ... ... .
Subject:... ... ..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails