Tinggalkan jejak anda!
Sunday, April 17, 2011
A first-grade teacher was having trouble with one of
her students.
The teacher asked, "Harry what is your problem?"
Harry answered, "I'm too smart for the first- grade.
My sister is in the third-grade and I'm smarter than
she is!
I think I should be in the third-grade too!"
The teacher had had enough. She took Harry to the
principal's office.
While Harry waited in the outer office, the teacher
explained to the principal what the situation was. The
principal told the teacher he would give the boy a
test and if he failed to answer any of his questions
he
was to go back to the first-grade and behave.
The teacher agreed.
Harry was brought in and the conditions were explained
to him and he agreed to take the test.
Principal: "What is 3 x 3?"
Harry: "9".
Principal: "What is 6 x 6?"
Harry: "36".
And so it went with every question the principal
thought a third-grade should know. The principal looks
at the teacher and tells her, "I think Harry can go to
the third-grade."
The teacher says to the principal, "Let me ask him
some
questions?" The principal and Harry both agree.
The teacher asks, "What does a cow have four of that I
have only two of?"
Harry, after a moment "Legs."
Teacher: "What is in your pants that you have but I do
not have?"
The Principal wondered, why does she ask such a
question!
Harry replied, "Pockets."
Teacher: "What does a dog do that a man steps into?"
Harry: "Pants"
Teacher: What's starts with a C and ends with a T, is
hairy, oval, delicious and contains thin whitish
liquid?
Harry: Coconut.
The principal's eyes open really wide and before he
could stop the answer,
Harry was taking charge.
Teacher: What goes in hard and pink then comes out
soft and sticky?
Harry: Bubblegum
Teacher: What does a man do standing up, a woman do
sitting down and a dog do on three legs? The
principal's eyes open really wide and before he could
stop the answer.
Harry: Shake hands
Teacher: Now I will ask some "Who am I" sort of
questions, okay?
Harry: Yep.
Teacher: You stick your poles inside me. You tie me
down to get me up.I get wet before you do.
Harry: Tent
Teacher: A finger goes in me. You fiddle with me when
you're bored. The best man always has me first
Principal was looking restless and bit tense.
Harry: Wedding Ring
Teacher: I come in many sizes. When I'm not well, I
drip. When you blow me, you feel good.
Harry: Nose
Teacher: I have a stiff shaft. My tip penetrates. I
come with a quiver.
Harry: Arrow
Teacher: What word starts with an 'F' and ends in 'K'
that means a lot of excitement?
Harry: Firetruck
The principal breathed a sigh of relief and told the
teacher,"Put Harry in the fifth-grade, I got the last
ten questions wrong myself.
Saturday, April 16, 2011
Pada 1985 adalah tahun kemelesetan ekonomi dunia.. begitu banyak syarikat kena tutup dan terjadilah masalah siswazah menganggur . Untuk mengurangkan tekanan kepada rakyat.. kerajaan telah membuat berbagai program,antaranya skim siswazah menganggur. Namun demikian, tindakan itu tidak dapat menampung lebihan siswazah terutamanya yang mengambil jurusan pertanian atau civil engineering.
Nak dijadikan cerita.. adalah seorang siswazah menganggur dari UPM yang sudah berbulan-bulan mencari kerja, tapi tak dapat-dapat juga. Merata dia minta, tak dapat-dapat juga.. Dan kerana ekonomi meleset, Zoo Taiping pun kena effect dia juga, dah la orang kurang mai.. kena cut lagi budget dia. Entah macam mana , sekor orang utan kat zoo tu mati kerana kurang makanan. Tension juga la pengarah zoo ni pasai orang utan ni juga lah yang menjadi tarikan utama pengunjung kesitu .. Ntah nak jadi rezeki siswa tu dia pi la mintak kerja kat zoo tersebut..maka di interview la dia ni. Kepala pengarah zoo yang brilliant ni pun timbul satu idea... jeng.. jeng.. jenggg. Dia offer kat budak tu.. 'emmm ,mau dak kamu jadi orang utan ? Kerana susahnya dapat kerja ,budak tu pun sanggup la menyamar utk jadi orang utan.
Tiap2 hari dia terpaksa la pakai sarung kulit menyerupai orang utan untuk memastikan
pengunjung tetap tertarik ke zoo tersebut dan pihak zoo pun bagitau dekat orang ramai yang depa ada orang utan baru.. lebih cerdik lagi. Jadi ,ramai la orang mai nak tengok orang utan yang cerdik tu.. Depa bagi kali2 pun dia leh jawab ...(dia tulis atas tanah jawapannya ) So, income zoo tu pun increase gila laa.
Satu hari, tengah dia dok buat aksi 'breakdance' seperti yang pengunjung suruh buat ,dia terjatuh dari atas kekandang buaya yang terletak bersebelahan. Fuhhh.. buaya dalam kandang tu pun melibas-libas gila la ekor dia sambil merangkak ke arah orang utan tersebut. Budak yang jadi orang utan tu pucat lesi... sampai terkencing-kencing dalam sarung tu. Buaya tu terus merangk ak dengan ganas kearah orang utan tu sambil mengangakan mulut dia.. Sappp!!kepala orang utan tu dah berada dalam mulut buaya tu. Tiba-tiba dia terdengar suara dari buaya tu....... pssttttt , jangan takut.. kami dari UiTM laaa..kekekeke
Wednesday, March 9, 2011
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki
kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui
lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah
hentian. Sewaktu berehat maka datanglah
kepadanya seorang tua yang berpakaian agak
compang- camping lalu menegurnya ...
"Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab
ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh
pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab
oleh si mamat tadi "Ehm...bolehlah." Lantas orang
tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati simamat berkata, "Hai, siapalah orang
tua nii, orang ke atau ???" Beliau meneruskan
perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang
tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat
tersentak dan berkata dalam hati,"Dah buat dah
orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua
ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji
aku?" Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik,
hidup sederhanapun cukup.
Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak
bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata
mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-
takut itu hanya ujian drp orang tua tadi. Kemudian
orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Si
mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah
pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta
diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan
satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda
terima kasih kerana tumpangkan pakcik." Terima
kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.
Si mamat tersipu-sipu malu lalu
menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan.
Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya
mintak dia roti sekali.
Tuesday, March 8, 2011
Setelah menjalani pembedahan yang serius dan lama, Lina mengalami keadaan koma.
Dengan berbagai cara, para doktor tidak dapat menyedarkan dia kembali.
Ketika Din.. suaminya.. datang ke bilik ICU untuk melawat Lina, isterinya, para doktor
memberitahu berita buruk tersebut.
"Kami tidak dapat menyedarkan dia." kata seorang doktor dengan suara lembut dan wajah
muram kepada Din.
"Tak pe la Doktor.. biar saya cuba pula..." Jawab Din
Lalu Din menghampiri Lina dan berkata dengan nada sedih...
"Sayang... hari ni genaplah harijadi awak yang ke 55"
"29.." terdengar jawapan yang lemah dari Lina.
Monday, March 7, 2011
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang
isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi
meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama
kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang
ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi
belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok.
Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula
memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa
tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang,
rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan
laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks
Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak
yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat
emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya
mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus
menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya
buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la,
tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Sekian.
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......
Sunday, March 6, 2011
Pada suatu petang sorang menteri memandu kereta. dia mahu melawat anaknya di
sebuah universiti. apabila tiba di pintu pagar universiti, dia ditahan oleh
pengawal
"encik nak kemana"
"saya nak jumpa anak saya" kata menteri
"encik kena ambil pas masuk. sila letak kereta di tepi" pengawal bersuara
lembut
"awak tak kenal siapa saya? menteri bersuara tinggi
"saya tak kenal encik " jawab pengawal
" dunia pun kenal saya tau " sergah menteri
"maaf encik hari ini Dunia tak bertugas. saya yang bertugas" pengawal menatap
muka menteri
Wednesday, December 8, 2010
Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin membohongi orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbangSuatu hari dia bertemu seorang tua yang ingin tahu mengenai kapal terbang.Orang tua itu berkata: "Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang boeing tu. Atuk dengar kapal terbang tu ada macam-macam nama. Boeing 747, 737, 707....apa ke benda tu?"
Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak terbongkar dan lantas berkata: "Ah, mudah tu, tok. angka di tengah tu menunjukkan enjinnya.
"Maknanya, Boeing 747 ada empat enjin, Boeing 737 pula ada tiga enjin." Kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan meyakinkan.Orang tua itu termenung lama lalu berkata: "Kalau gitu nak, Kapal terbang baru Boeing 777 tu ada tujuh enjinlah ye?"
Pemuda itu mengelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata: "Ya lah Boeing 777 tu, memang ada tujuh enjin."Tiba tiba orang tua itu berkata: "Jadi Boeing 707 tu, tak ada enjinlah." Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata: "Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin."
Orang tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui temberang pemuda itu.
Thursday, December 2, 2010

Ada satu cerita ... Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang
ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku
cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang
> lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang
> sama yang terletak disebelahnya.
> Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
> Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah
> tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin dari aku....
> makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut
> wanita itu dalam hati.
> Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
> perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat
> dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
> Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
> dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
> itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan
> dirinya dari memarahi lelaki itu.
> Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
> mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya
> "Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.."
> Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk
> menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas
> lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu
> bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk
> nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
> Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada
> di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada
> dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...Ya
> ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
> Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu.
> Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga
> biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
> menunjukkan reaksi marahnya.
> Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
> kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
> Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.
Wednesday, December 1, 2010
Pada satu masa dahulu ..
Ader sekor monyet
Dia tersangatlah pandainya ..
Disebabkan kepandaian yang ada pada dirinya
Dia telah menciptakan satu alat
Alat itu dinamakan ..KOMPUTER..
Bila monyet nie mati..
Kebijaksanaan beliau telah diturunkan kepada anaknya
Disebabkan komputer itu diwasiatkan kepada anaknya
Anak monyet itu pun mencipta apa yang dipanggil .. INTERNET..
Bila cucu kepada monyet itu dewasa ..
Dia pun tertarik dengan komputer dan internet ..
Dia pun mulalah mencipta apa yang kita panggil ..EMAIL..
Tetapi cicit monyet tersebut lain plak kisahnya..
Dia ni dahlah bengap.. bodoh.. bangang.. tolol.. bengong..
Disebabkan kebodohan dan ketololan tersebut..
Beliau tak tahu nak mencipta ape-ape
Kecuali membaca email..dan segala ape yg terkandung di dalam
internet serta terpapar di screen komputer
Contohnya dia sekarang tengah baca cerita nie.hehehhehehehe
p/s : lepas bace jgn marah ye..just kiding!!
Tuesday, November 30, 2010
Dalam satu temuduga untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah
kilang sebuah Syarikat asing yang terkenal di Ibu negara,ramai
yang telah datang untuk mendaftarkan nama memohon
pekerjaan...seorang pemuda yang bernama Ali yang sedikit pekak
pendengaran pun ingin mencuba nasib, Si Ali ni kerja nya
sebagai buruh am memberus jamban dan lantai tandas hingga
mendapat jolokan istemewa si "Berus Ali.".
Penemuduga (Inggeris); "What's Yur' name Mister?
Ali.; "Ya saya bergelar Berus Ali,encik."
Penemuduga:"What!(terkejut),Yur name is Bruce Lee,Brucee...!
Ali;"Ya, ya..ya..betul tu Berus,,,Brusss Ali.."........
katanya lagi
Penemuduga:"So, well you know in 'Martial Art ' '"?(cakap
cepat)
Ali..:"Oh tidak, tidak tuan saya datang bukan nak mesyuarat
tapi nak kerja,tuan"
Penemuduga;"Yes , i know you are the only one,..come by
yourself...'no one else!.'."
Ali:"Fuhh.. terror le tuan ,nama tok saya pun tuan tahu
,.'.Tok Wan Ess..'"
Penemuduga:Welll..allright allright...."
Ali:"Tapi tuan saya datang bukan nak mengorat??" nak kerja
le.."
Penemuduga:" Ok..Ok..Next.."
Ali: (Dengan wajah selamba memandang kepada orang
ramai)..berkata.."Ha..ada sesiapa bernama "OKeNik..."
(Orang ramai yang disekeliling termasuk si penemuduga dan si
Ali Berus sekali ???kebinggungan..???.)
Moral cerita: kena tahu dan faham gak bahasa inggeris ni sikit
sebanyak yang bolih.....
Monday, November 29, 2010
Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya
kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah
si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya
membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.
Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat
diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk
anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus
pendidikan sejagat.
Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex
dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan
pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan
kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti
lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu
anak gadisnya yg bertanya itu..
Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan
bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu
panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni... seraya
meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..
NAME:... ... ... ..
SEX:... ... ... ...
Class:... ... ... .
Subject:... ... ..
Sunday, November 28, 2010
Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.
Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana.
Kedua ibubapa ku ialah guru. Alhamdulillah..aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan... dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.
Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun. Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.
Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku
untuk pulang ke Malaysia. Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah... aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.
Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah
di tempat kerja. Namun, sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT. Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini akhirnya berbaloi....aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.
Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu
!!!!!! Kebahagian keluarga.....
Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang
ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna merah...bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah
tidak bersama lagi.
Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting....main golf pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting lagi!!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!! Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors.
Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik....kekadang buat ...kekadang terlupa...masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.
Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku tertekan !!! Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat....aku
menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.
Selang seminggu aku bernekad...!!!! Aku telah meletakkan jawatan ku
sebagai CEO. Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis....tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira... mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!
Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew
Tiaw Goreng..!!!! 
pic from google
Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas
CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!!
Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak
bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku
memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.
Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga
dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari.
Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamdulillah. Dan hari-hari
seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.
Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk
satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka
satu lagi gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN.
Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.
Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-anak aku
memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka
berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku
cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan anak-anak aku sebagai Directornya.
Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik. Cepat la sikit pukul 5.00. Beginilah kehidupan aku seorang kerani kerajaan...
_________________
Friday, May 28, 2010
Kau ni betul betullah kedekut.Tangkai Jering.Taik Hidung
Masin!!Jerit seorg lelaki terhadap kawan nya yg tidak mahu
meminjamkan wang pada nya."Itu aku punya pasal sebab duit
aku.Aku nak bagi pinjam ke tak hendak ker,apa kau
penduli."Kata kawannya itu selamba saja.
"Tapi jgn lah taik hidung masin sangat.Aku betul2 perlukan
wang itu.pinjamkan aku nanti dapat gaji aku bayar baliik."Rayu
lelaki itu dlm nada pelahan.
Kawannya itu hanya tersenyum sambil mengurut-ngurutjanggut
sejemputnya."Engkau ni betul2 pengingatlah.Setiap satu yg
berlaku pada kau,mesti kau ingat sampai mati kan??"Katanya
menukar tpoik.Lelaki itu kembali berang.
"Apa maksud kau.aku tak faham."
"Aku sendiri tak tahu yg taik hidung aku paa rasa nya.tapi kau
tahu sebah kau masih ingat peristiwa kau termakan taik hidung
aku bersama dgn roti kaya aku yg kau curi dulu."Jawabnya
sambil tersenyum.
"Haaa??Dalam roti tu kau bubuh tauk hidung.Pengotor betul kau
nie."Bentak lelaki litu tak puas hati.
"itu saja ubatnya org yg suka mencuri.Lepas ni curilah
lagi."Katanya menyindir.Lelaki itu terus berlalu kerana malu
tembelang nya telah pecah, sehingga sekarang lelaki in itidak
dpt dikesan...
Saturday, May 15, 2010
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.
Mahasiswa : "Sudah lama mengemis di sini pakcik?"
Pengemis : "Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?"
Pengemis : "Paling sedikit RM 50.00 nak ..."
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : "Bolehlah nak, untuk keluarga..."
Mahasiswa : "Ehhhh...keluarga ada di mana?"
Pengemis : "Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia
di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di
Universiti Sains Malaysia di Penang..."
Mahasiswa : "Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr..
Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?"
Pengemis : "Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..."
Tuesday, May 4, 2010
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal
serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu
petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari
bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang
berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak
berfungsi....
si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat
ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak
tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,
tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat
cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita
ketawa...biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki
memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah
hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku
dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....
Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh
leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20.
Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti
untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil
si B pula bercerita....
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun
kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku
dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15
tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk
menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla
bla......
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama
cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55.
Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga
yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita
aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL
DALAM KERETA.... UWAAAAAA
Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita yang
paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami
sejarah hidup yang lebih pahit.
Monday, April 26, 2010
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor...
Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am...tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan vacuum cleanernya...
sekian
Friday, April 23, 2010

Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi.
Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.
Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.
Ayam : Kambing, pekabo?
Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.
Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.
Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?
Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.
Kambing: Apa?
Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...
-----------------------------------
just for fun!!
Sunday, April 18, 2010
Di suatu pagi yang ceria datanglah seorang jurujual ke sebuah rumah surirumah yang pada masa tu tengah sibuk mengemas rumah beliau. "Selamat pagi puan. Mengemas nampak? Wah.. nampaknya saya datang tepat pada waktunya. Di sini saya nak perkenalkan sebuah vacuum cleaner serba guna syarikat kami. Ianya boleh menghilangkan segala kotoran di lantai, dinding mahupun syiling."
Tanpa berlengah, si jurujual tu pun masuk ke dalam rumah suri rumah tadi dengan semangat berkobar kobar utk mendemonstrationkan vacuum cleaner keluaran syarikatnya. "Baiklah... vacuum
cleaner serba guna ini mampu mengbersihkan segala jenis kotoran. Habuk mahupun jenis cecair.Baiklah, puan tidak percaya? Mari saya buktikan!!! Di sini saya ada beberapa keping kaca dan beberapa jenis kotoran lain yang tak mungkin boleh dibersihkan oleh vacuum cleaner yang lain. Baiklah... Kita taburkan di sini. Haa... itu tong sampah puan ker? Baiklah, mari kita taburkan sampah samrap di sini. Takper, banyak pun takper, nanti puan pasti terkejut dengan resultnyer!!!" Si surirumah tu cuma merenung jek kelakuan jurujual tadi. "Baiklah, puan ader kicap tak? Boleh saya letakkan sekali sebagai ganti kotoran cecair..." Setelah lama berdiam diri, si surirumah itu pun mula bersuara,"Ada... kicap nak tak? Sirap ker? Sos tiram ker?" "Takper puan, lagi banyak lagi bagus. Ini boleh meyakinkan lagi kepercayaan puan terhadap produk kami ini..." Maka bermacam macam kotoranlah mereka longgokkan ke atas karpet surirumah tu.. "Okey, langkah pertama yang perlu kita buat ialah menyambung plug vacuum cleaner ini ke soket yang terdekat dan.... ehhh... puan, mana soketnya...???" "HAAAAA!!! Mana soketnyer!!!!
Amboi, sesuka ati jek masuk umah orang, tak mintak izin pastu kotorkan pulak permaidani aku yang baru aku beli nie. Tak nampak ke kita tengah berkemas nie? Kita nie baru jek pindah sini encik oii... Letrik pun tak masuk lagik... haaa... Apa lagi? Buktikan ler kemampuan vacuum cleaner serba guna korang tu... Bagus sangat ker???"
Pengajaran: Jangan masuk umah orang sesuaka ati, usyar ler line dulu... jangan membabi buta jek... hehehe 
Thursday, April 15, 2010
Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bngku panjang berdua, disamping seorang anak muda.
Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman. Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja.
Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata:"Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?" Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" >Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.
Si anak muda mendekati lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"Si Nenek menjawab; " Tidak terima kasih.." Terus si Anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?" Kata si Nenek " Saya sedang menunggu gigi..........giliran saya selepas datuk.....!
p/s : agak ada ke yang buat cam ni?hehehe
Wednesday, April 14, 2010
Cam ni cerite nye...
Pada suatu hari .. seorang mamat namanya Atan bukan nama sebenar)bercadang nak pegi beli rokok.oleh kerana transport die cume moto jer .. die pon pegila naik moto jer. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke beno bawak moto lelaju. Walaupon jarak kedai tu 100meter jer dari umah die .. maka si Atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelom kuar dr umah, mak die pesan "Tan,, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la .."atan pon menjawab, "ala mak ni .. atan kan superman,takkan ader paper nyer.. lagipon, atan cume nak gi kedai sebelah tu jer.. kannyer jauh sgt pon.."mak die pon menjawab."suke ati ko lah san..".
Kunci moto pon dipulas... vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer atan bergerak dr umah..Tiba2 sampai di suatu selekoh, seekor monyet yang entah dari maner muncul nyer menyergah atan.. apa lagi terperanjat beruk la si atan.. maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan..maka atan pon jatuh terpelanting..dan tidak sedarkan diri..
Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut..kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan .. lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut.. tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan..kerana telah dibawa lari oleh monyet lalu pakcik tu pun pergi kepada atan dan memeriksa jantung dan nadi si atan.. "uihh nampaknye idup lagi budak ni.." tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala atan sudah terpusing 180 darjah.
maknanya dah terbalik..dan tanpa bertanya dan berpiki ape2 pakcik tu pon terus membetulkan semula kepala atan dengan menghentap balik ke 180 darjah.tibe2 pakcik itu mendapati atan tidak bernafas lagi.. rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik.. so memangla kepala die cam pusing ke belakang.. maka dengan tidak bersalahnya atan mati di tangan pakcik tersebut.. moral citer nie jgn pakai jaket terbalik...
sekian..


