Tinggalkan jejak anda!

Wednesday, March 9, 2011

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki
kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui
lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah
hentian. Sewaktu berehat maka datanglah
kepadanya seorang tua yang berpakaian agak
compang- camping lalu menegurnya ...

"Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab
ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh
pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab
oleh si mamat tadi "Ehm...bolehlah." Lantas orang
tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati simamat berkata, "Hai, siapalah orang
tua nii, orang ke atau ???" Beliau meneruskan
perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang
tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat
tersentak dan berkata dalam hati,"Dah buat dah
orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua
ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji
aku?" Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik,
hidup sederhanapun cukup.

Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak
bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata
mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-
takut itu hanya ujian drp orang tua tadi. Kemudian
orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Si
mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah
pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta
diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan
satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda
terima kasih kerana tumpangkan pakcik." Terima
kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.
Si mamat tersipu-sipu malu lalu
menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan.
Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya
mintak dia roti sekali.

1 comments:

apisv2 said...

salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
slmt berkenalan,

blog apisv2

Related Posts with Thumbnails