Tinggalkan jejak anda!

Thursday, February 25, 2010

Ada tiga sahabat, satu kura-kura..satu lagi katak..yang last ulat gongok.Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil-kecilan.So..mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura-kura...Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... si katak berkata : 'Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... '

Kura-kura: 'Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!'
Katak: 'apsal aku plak......kau kan tuan rumah'
Kura-kura: 'ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat '
Katak: 'so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....
Kura-kura: 'Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap'
Ulat Gonggok: 'aiya.....korang ajela'
Katak: 'ala ..gi saja la kita orang dah undi kau'

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura-kura menunggu
......

Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.

Katak: 'Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?'
Kura-kura: 'Iye la .. risau jugak, jom kita cari!'
Katak: 'Jom..!'

Bila jer kura-kura buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.

Kura-kura: 'Hah tu pon dia..!'
Katak: '...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!'
Ulat Gonggok .: '..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!'
Katak: 'Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?'
Ulat Gonggok .: 'Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi
PAKAI KASUT..!!!!!'



cam mana la rupanya kalau betul ulat gonggok pakai kasut...size apa agaknya yg sesuai??

Monday, February 22, 2010

Bermula apabila sepasang suami isteri yg baru berkahwin.Mereka berkahwin atas pilihan keluarga.Si suami masih samar tentang latar belakang si isteri.Suatu hari,si suami bertanya pd isterinya,"Sayang pandai masak x?".Maka,si isteri menjawab,"mesti lah saya pandai masak,bang".Kemudian si suami bertanya lagi,"sayang tau masak kari kepala ikan x? Abang nak rasa juga masakan isteri abg nie..".Dengan senyuman yg manis si isteri menjawab,"Tengahari kang balik makan eh,saya masak kari kepala ikan kesukaan abg."

Dipendekkan cerita,bila tiba waktu makan tengah hari,si suami pulang untuk makan, kemudian mereka pun makan bersama2.Semasa makan si suami bertanya,"mana kepala ikannya,sayang?".Si isteri pun menjawab dengan bersahaja,"saya letak banyak kepala ikan tadi,bang"."Awk masak ikan apa?",si suami bertanya."Saya letak kepala ikan bilis,bang".



hahaha..jom kita try buat kari kepala ikan bilis!!

Sunday, February 7, 2010

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu ditutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"

p/s : sila jangan ikut tips2 diatas..tapi kalau rasa nak buat ape salahnya....

;;
Related Posts with Thumbnails