Tinggalkan jejak anda!

Monday, April 26, 2010

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am...tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan vacuum cleanernya...

sekian

Friday, April 23, 2010



Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi.

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...

-----------------------------------
just for fun!!

Sunday, April 18, 2010

Di suatu pagi yang ceria datanglah seorang jurujual ke sebuah rumah surirumah yang pada masa tu tengah sibuk mengemas rumah beliau. "Selamat pagi puan. Mengemas nampak? Wah.. nampaknya saya datang tepat pada waktunya. Di sini saya nak perkenalkan sebuah vacuum cleaner serba guna syarikat kami. Ianya boleh menghilangkan segala kotoran di lantai, dinding mahupun syiling."

Tanpa berlengah, si jurujual tu pun masuk ke dalam rumah suri rumah tadi dengan semangat berkobar kobar utk mendemonstrationkan vacuum cleaner keluaran syarikatnya. "Baiklah... vacuum
cleaner serba guna ini mampu mengbersihkan segala jenis kotoran. Habuk mahupun jenis cecair.Baiklah, puan tidak percaya? Mari saya buktikan!!! Di sini saya ada beberapa keping kaca dan beberapa jenis kotoran lain yang tak mungkin boleh dibersihkan oleh vacuum cleaner yang lain. Baiklah... Kita taburkan di sini. Haa... itu tong sampah puan ker? Baiklah, mari kita taburkan sampah samrap di sini. Takper, banyak pun takper, nanti puan pasti terkejut dengan resultnyer!!!" Si surirumah tu cuma merenung jek kelakuan jurujual tadi. "Baiklah, puan ader kicap tak? Boleh saya letakkan sekali sebagai ganti kotoran cecair..." Setelah lama berdiam diri, si surirumah itu pun mula bersuara,"Ada... kicap nak tak? Sirap ker? Sos tiram ker?" "Takper puan, lagi banyak lagi bagus. Ini boleh meyakinkan lagi kepercayaan puan terhadap produk kami ini..." Maka bermacam macam kotoranlah mereka longgokkan ke atas karpet surirumah tu.. "Okey, langkah pertama yang perlu kita buat ialah menyambung plug vacuum cleaner ini ke soket yang terdekat dan.... ehhh... puan, mana soketnya...???" "HAAAAA!!! Mana soketnyer!!!!

Amboi, sesuka ati jek masuk umah orang, tak mintak izin pastu kotorkan pulak permaidani aku yang baru aku beli nie. Tak nampak ke kita tengah berkemas nie? Kita nie baru jek pindah sini encik oii... Letrik pun tak masuk lagik... haaa... Apa lagi? Buktikan ler kemampuan vacuum cleaner serba guna korang tu... Bagus sangat ker???"

Pengajaran: Jangan masuk umah orang sesuaka ati, usyar ler line dulu... jangan membabi buta jek... hehehe


Thursday, April 15, 2010

Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bngku panjang berdua, disamping seorang anak muda.

Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman. Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja.

Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata:"Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?" Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" >Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.

Si anak muda mendekati lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"Si Nenek menjawab; " Tidak terima kasih.." Terus si Anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?" Kata si Nenek " Saya sedang menunggu gigi..........giliran saya selepas datuk.....!



p/s : agak ada ke yang buat cam ni?hehehe

Wednesday, April 14, 2010

Cam ni cerite nye...

Pada suatu hari .. seorang mamat namanya Atan bukan nama sebenar)bercadang nak pegi beli rokok.oleh kerana transport die cume moto jer .. die pon pegila naik moto jer. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke beno bawak moto lelaju. Walaupon jarak kedai tu 100meter jer dari umah die .. maka si Atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelom kuar dr umah, mak die pesan "Tan,, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la .."atan pon menjawab, "ala mak ni .. atan kan superman,takkan ader paper nyer.. lagipon, atan cume nak gi kedai sebelah tu jer.. kannyer jauh sgt pon.."mak die pon menjawab."suke ati ko lah san..".

Kunci moto pon dipulas... vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer atan bergerak dr umah..Tiba2 sampai di suatu selekoh, seekor monyet yang entah dari maner muncul nyer menyergah atan.. apa lagi terperanjat beruk la si atan.. maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan..maka atan pon jatuh terpelanting..dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut..kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan .. lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut.. tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan..kerana telah dibawa lari oleh monyet lalu pakcik tu pun pergi kepada atan dan memeriksa jantung dan nadi si atan.. "uihh nampaknye idup lagi budak ni.." tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala atan sudah terpusing 180 darjah.

maknanya dah terbalik..dan tanpa bertanya dan berpiki ape2 pakcik tu pon terus membetulkan semula kepala atan dengan menghentap balik ke 180 darjah.tibe2 pakcik itu mendapati atan tidak bernafas lagi.. rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik.. so memangla kepala die cam pusing ke belakang.. maka dengan tidak bersalahnya atan mati di tangan pakcik tersebut.. moral citer nie jgn pakai jaket terbalik...

sekian..

Aku ada seorang cucu namanya Jendul , die ni baru 4 thn
aje...tapi nakal mengalahkan atuknya. Bayangkan la suka sangat
die naik kat belakng tengkok aku yg dah nak mereput ni..silap
ari boleh tanggal dibuatnya.

Satu sikap yang membuatkan aku bengang tahap maksimest kat die
ni suka sangat kacau aku time aku makan. Apa yg aku nak makan
itu le yg die nak...geram tul aku..aku belum sempat nak makan
die dah songlap bawak lari makanan aku tu.

Suatu hari....bini aku masak la bubur durian...aku memang dah
lama mengidam tu...aku pon ambik la semangkuk dan cover line
la takut cucu aku nampak kang die rembat plak bubur yg aku
ambik tu.Aku rase la sesudu dua pastu simpan bio die sejuk
dulu...

Tiba2..aku tengok dah hilang dah gerenti cucu aku ambik..dan
kantoi la cucu aku tu tgh makan bawah tangga umah aku...aku
pon dgn muka tanpa perasaan dan toye jer melihat perangai die
yg buruk hampeh tu...agaknya die terase sebab aku buat muka
mancho semcam jer....die cam rase bersalah plak....

"Atuk marah ke Jendul wat cam tu...sory la tuk" katenya
"Jendul janji tak wat lagik...atuk jgn la ambik
ati....."sambungnya aku terus membisu dengan muka yg inersion
" ala tuk.....nanti jendul ambik kan yg lain yer....senyum la
sikit tuk...ala tuk...senyum la sikit"die cuba memujuk aku..

Akhirnya aku pon ok la atuk tak marah sambil mengukirkan
senyuman kepada nya tanda memaafkannya.

"Eh atuk...pasal gigi palsu atuk tak der....."die tiba2
menyapa.
"Atuk sorok kan dalam bubur atuk tadi..."

Semenjak hari tu cucu aku terus balik kl ikut mak ayahnya dan
tak balik2 lagik ke rumah aku..haaaaa sedihnya.


gambar hasil carian pakcik google

p/s: huhu teringin la nk makan bubur durian..sedapnya...
korang sume suka bubur durian tak?

Friday, April 9, 2010

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital.Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.” “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang. “Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?” Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Pada satu hari seorang pemandu teksi mengambil seorang
pelancong jepun yang baru melawat kuala lumpur buat pertama
kali.pemandu itu membawa mamat jepun itu ke seluruh kuala
lumpur.

Tiba di midvalley megamall, mamat jepun itu bertanya "berapa
lama masa diambil untuk menyiapkan bangunan ini?" pemandu itu
menjawab, "2tahun" mamat jepun itu pun berkata dengan
sombong,"kalau di jepun, bangunan ini boleh disiapkan dalam
masa 9 bulan sahaja".

Pemandu itu hanya senyum sahaja dan membawa mamat jepun itu ke
tempat lain pula. tiba di di kl sentral, mamat jepun itu
bertanya lagi,"berapa lama pula tempat ini disiapkan??"
pemandu itu pun menjawab" 11 bulan sahaja(cuba menipu)" mamat
jepun itu pun berkata" kalau di jepun,tempat ini hanya
mengambil masa 6 bulan sahaja..". pemandu teksi yang geram
dengan mamat jepun yang angkuh itu memandu ke klcc, dan sekali
lagi mamat jepun itu bertanya" bagaimana pula dengan bangunan
ini..?" peemandu itu buat buat terkejut dan berkata,"eh,eh
semalam tak ada pun bangunan ni,bila pulak dibina... ?"

Saturday, April 3, 2010

Cara mustajab nak buat roommate korang jadik
giler.... Insyaallah dengan izin tuhan..

1. Setiap hari Jumaat, pack segala
barang ko dan bagitau kat roommate ko nak balik
kampung. Selepas sejam, balik ke bilik &
terangkan bhw takde org kat rumah. unpack
segala brg ko & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate ko balik, jerit
sekuat hati" horee...ko dah balik". lepas tu menari
dlm 5 minit. lepas tu, tenung jam lama2 dan
tanya dia "Sepatutnya ko dah belah dah
skrg"

3. Setiap kali bangun tido, jerit kuat2 "
Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliiling
bilik tu. Kemudian, sambung tidor. esoknya, kalo
dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat
lengan ko. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil
berkata "Dah merebak- dah merebak"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor
dengan pokok tu setiap hari. Selepas
seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan
cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau
lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu
bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan
pasu kat situ.

6. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam
tanpa buat apa2 atau cakap apa2. lepas tu
cakap, "Siot betul, kalah lagi"

7. Setiap kali roommate ko balik, tutup
lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan
menjerit dgn kuat "Horee...". bukak lampu semula.

8. pakai topi kertas. Bila dia balik,
cakap "Selamat Datang ke McDonald.
Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat
muka bodoh, sambil berkata "Eh, ko rupanya..."

9. Kata kat roommate ko "Ada pesanan penting
untuk ko". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3
jam, bangun dan cakap ko dah lupa pesanan tu.
Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu
pengsan balik.

10. Bila roommate ko balik, berpura2 tengah
telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat
telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap
kat roommate ko bhw yg telefon tadi adalah mak
dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

11. Kalau roommate ko suka gosok gigi kat
sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis,
cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara
mengosok gigi dengan betul

12. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah
kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu,
nyatakan bahawa roommate ko hilang. Letak
sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan
hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate
ko

13. Bila roommate ko tutup lampu pd sebelah
malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia
buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan
confused.

14. Duduk & renung roommate ko dlm 2-3 jam.
Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan
kacang & popcorn. Buat macam ko tengah
tengok wayang.

15. Masa roommate ko xde, ambil deodorant
dia. Lepas tu sapukan kat seluruh dinding
bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau
wangi. Lakukan selalu sampai deodorant tu
habis.

16. Kalau roommate ko ada binatang peliharaan,
spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt.
Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut
sebelum dia beri persetujuan kpd ko.

18. Sembunyikan seluar dalam/baju dalam ko yg
telah dipakai bawah bantal roommate ko. Bila
dia balik, komplen yg seluar/baju dalam ko
hilang. Toksah nak ngada2 pegi cari kat lain, pegi
straight kat bantal dia. Lepas tu tuduh roommate
ko gila seks...


haha..saya yang baca entry ni pon masih dok gelak2 lagi..
sape la yang empunya petua ni ek...
kalau ada sape2 yang xsuka kat roomate boleh la try
petua2 ni ye..hahaha

;;
Related Posts with Thumbnails